Secret Garden

Transformation dan aku
Sunday 13 January 2013  |  1/13/2013 09:09:00 pm  |  0 said
*sayang apa kabar dengan mu.
Wahhh . Aku ni dah nape nak bersayang². Errr. Tadi tu aku rase macam banyak benau bende nak cite dengan idea yang melimpah² bagai cuka plus soda. *betulke? Okay ni akibat tak fokus dalam kelas science n mengelamun dalam kelas bahasa. Grr~
Flashback beberape jam sebelum~
Dipagi yang hening bertemankan bunyi kipas tahap gajah bedengkor and selimut bak marshmallow ni . Aku tersentak dengan suara ayah yang pelik semacam . Engatkan kot beli peti ais baru ke.
"Ka! Bangun ajak adik sekali . Cepat tolong ibu sama²"
Okay. Aku dengan pantas bangun n tinjau . Kerja apakah yang memerlukan tenaga yang sebegitu ramai. *sastera sangat. Aihhh , rupanya masak mee sos . Grrrr. ~ apalah sangat kalau setakat kene blend cili kering n bawang tuu . Sepantas leopard berlari lah aku bole buat. Kan³. Yang tak boleh tahan tuu , nak masak mee sos tapi sos cili nya kehabisan . Lepas tu , aku ngan ibu dah bingung .tengah dok kacau² mee tu, teringat aritu ade tapau mcd n sos cili tak pakai pon . Aku dengan gigih usaha gunting satu² . Korang boleh bayangkan tak bilenya nak habis. Tapi takpa . Demi mee sos yang lazat. Ecehhh . . .
Sesudah selepas buat kerja, menjamu selera dan sekian², aku duduk atas kerusi sambil melemparkan pandangan keluar jendela. *wah . Kemain ayat aku . Aku tepiker nak start bloging balek. *okay now baru masok title tuu. Transformation right ? Tau ap transformasi yang aku buat . Kalau tak tau , aku kasi tau . Yelahh kalau dah bace kene lah tau. Kan² okay, transformasi dari segi isik perut blog which is post² aku. Kalau perasan ,kalau- aku dah delete beberape post lame aku . Kay bile tengok balek, rase macam nak serah diri dekat zoo agar dibaham ghimau jee. Segan kay segan . Cintan gilaa -.- mcam tah pape tah.
Mase tu aku buat post mcm tu sbb pikerkan takde oghang bce blog aku je *mcmlah sekarang ade oghang bace .
Eh suka hati aku lah kan nak buat post macam mane baik . Janji aku tak bukak peti ais korang .
Lagi satu kan . Bukan lagi dua . Lagi satu . Dulu aku konon kentallahkan nak speaking london . Eh aku buat pon sebab aku engat pesan cikgu nik
"We learn from mistakes"
Tu yang aku gila gelojoh speaking knon nak sahut cabaran . Well, aku still speaking tapi lepas ni aku akan lebih memperkasakan bahasa melayu *berdiri sambil memandang ke langit. Wahhh .konon hero lah pulakk .
Aku rasa nak ubah belog aku ni as simple as it can be . :3 . Kalau follower aku lebih 50k. Wahh berangan . Aku akan buat satu confession. Grrr~ itupon kalau ade orang engatkan . Kalau lupo acano nak buat .kan-2.
Salah satu sebab aku tak berape nak aktif berbloging sbb aku takdak supporters. Cubalah bayang kan baru sehari dua aku tak hupdate blog, ade orang IM/tweet/whatsapp/wall fb meminta aku hupdate belog. Betape sejuknya perot aku melahirkan blog ni . Heee *kalah mak orang .
Sebelum ni aku ade zaman kegemilangan jugak .aku buat tutorial acane nak tacap blog. Lepas tu aku delete lah sumeee. Lepas tuu aku pon tak tau aku nak buat ape , aku bagi freebies pulakkk. Lepas tuu pon aku tak tau nak buat ape. Okay nampak tak care nak panjangkan post blog tu. Errr~ lepas aku buat sume tuu, aku rase give up gilaaa sebab asyik bermain dengan code sampai code² tu datang menghantui dalam mimpi aku . Mata pon ting tong sebab code² and punce aku lupa formula add math sebab engat code² tuu . Aduhaii. Aku rasa give up tahap nak makan pizza 20 slice .
Now, aku nak start dengan cara baru. Sume pasal aku. Ehh terpulanglah kalau ade orang minat ke tak kan³.
P/s: pizza 20 slice tu kasi cheesy lava, flavour hawaian supreme okay. Tolong bg parmessan cheese sekali. Thank you.




Thanks for reading :)




Past  |  Future